13 July 2016

Jawatan Kosong di LHDN Selangor - 15 Julai 2016

 

Jawatan kosong kerajaan terkini iaitu di Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) untuk sesi ambilan Julai 2016. Untuk makluman anda, Semua warganegara Malaysia khususnya bagi yang layak amat digalakkan untuk mengisi borang permohonan untuk memohon jawatan di Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) ini.


Jabatan Lembaga Hasil Dalam Negeri kini secara rasminya membuka Tawaran Pengisian Kekosongan Jawatan sebagai

JAWATAN KOSONG LHDN

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED 11 (TETAP)

Tawaran ini dibuka bermula daripada 29 Jun 2016 sehingga 15 julai 2016.
Tarikh tutup : 15 Julai 2016.
Jenis pekerjaan : Kerajaan
Lokasi : Selangor

Gaji bermula daripada RM1,887.00 sehingga RM4,535.00

Cara Untuk Memohon :

  1. Permohonan daripada calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf tetap dan kontrak)  hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh didapati disini ( URL . https://spi.hasil.gov.my/ )
  2. Permohonan dari calon-calon luar dan pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh didapati di  (URL. https://career.hasil.gov.my/ )

Kelayakan Untuk Memohon :

  1. Para pemohon mestilah tamat Tingkatan 3 Sekolah Menengah Rendah bantuan kerajaan.(Pastikan anda mempunyai Sijil Penilaian Menengah Rendah).Atau,sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Kekompetenan Kategori AO (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  2. Anda juga perlulah mempunyai kebolehan seperti bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia secara betul dan memuaskan.
  3. Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara tetap adalah layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan Mempunyai kelayakan akademik seperti yang ditetapkan atau yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam perkhidmatan jawatan sekarang.
  4. Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara kontrak atau sambilan juga adalah layak dipertimbangkan untuk memohon sekiranya mempunyai kelayakan akademik seperti di atas

Harap maklum kesemua permohonan ini tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM*.

Mohon share di Whatsapp, Telegram dan Facebook Anda. Terima Kasih atas kerjasama.

Kepada yang berminat dan berkelayakkan sila terus muat turun borang permohonan ini bagi pihak anda. >> Borang Permohonan

No comments:
Write comments

Ads